Asia Tenggara

Xisco Munoz & JDT Awasi Kelibat 4 Bintang CAHN

Xisco Munoz JDT JST 1 Xisco Munoz & JDT Awasi Kelibat 4 Bintang CAHN
Johor Southern Tigers

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz memberikan perhatian khusus kepada empat pemain Cong An Ha Noi (CAHN) yang berpotensi menjadi ancaman menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Shopee Cup esok.

Advertisement

Xisco Munoz menyifatkan CAHN memiliki kualiti individu yang sangat baik dengan beberapa pemain utama mereka mempunyai kemampuan untuk mengubah corak perlawanan dalam sekelip mata.

“Kami melihat mereka mempunyai kualiti individu yang sangat baik di atas padang. Ada beberapa pemain utama yang perlu kami beri perhatian ekstra kerana mereka boleh mengubah corak perlawanan dalam sekelip mata.”

Antara nama yang disebut ialah Leo Artur dan Damian Sabater yang mempunyai peranan penting dalam menggerakkan permainan CAHN menerusi kreativiti serta kawalan di bahagian tengah.

Leo Artur memiliki visi permainan dan kebolehan membuka ruang untuk mencipta ancaman, manakala Sabater pula mempunyai kelebihan dalam aspek kawalan bola serta menentukan tempo permainan.

“Pertama, pemain seperti Leo Artur mempunyai visi dan kebolehan luar biasa untuk membuka ruang serta mencipta ancaman. Di bahagian tengah pula, Damian Sabater sangat kuat dalam aspek kawalan bola dan menentukan tempo.”

Di bahagian pertahanan, Xisco turut menyenaraikan Frans Putros yang disifatkan sebagai pemain agresif ketika melakukan perebutan bola, sekali gus menjadi antara watak penting dalam benteng CAHN.

Sementara itu, Bryan Perea pula perlu diberikan perhatian di bahagian serangan kerana penyerang tersebut mempunyai keupayaan menghukum lawan menerusi peluang yang terhidang di kawasan sepertiga akhir.

“Selain itu, benteng mereka dikemudi oleh Frans Putros yang sangat agresif dalam perebutan bola, manakala di bahagian rantaian akhir penyerang, Bryan Perea sentiasa bersedia menyambar sebarang peluang di 1/3 kawasan terakhir pihak lawan.”

Bagaimanapun, Xisco menegaskan bahawa JDT tidak boleh hanya memberikan tumpuan kepada empat pemain tersebut kerana kekuatan CAHN turut terletak pada struktur permainan keseluruhan pasukan.

“Jadi, ia bukan sekadar menjaga seorang pemain, tetapi keseluruhan struktur pasukan mereka yang sangat pantas dalam transisi menyerang dan bertahan.”

Justeru, JDT perlu bersedia menghadapi ancaman individu dan kepantasan transisi CAHN dalam usaha mendapatkan keputusan positif pada pertembungan Shopee Cup tersebut.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...