Asia Tenggara

Brazil Belasah Singapura 7-0

Brazil Jepun 2 Brazil Belasah Singapura 7-0
Selecao Brasileira

Skuad kebangsaan Brazil menepati ramalan apabila membelasah wakil Asia Tenggara, Singapura dengan keputusan 7-0.

Advertisement

Perlawanan persahabatan Tier 1 kedua itu menyaksikan pasukan kendalian Carlo Ancelotti tetap tampil dengan barisan terbaik dengan trio serangan terbaik dunia iaitu Vinicius Jr, Endrick dan Estevao turun mengetuai pasukan.

Sementara itu, Singapura bimbingan Gavin Lee menurunkan gabungan pemain berpengalaman dan tonggak muda terutamanya untuk mengekang asakan daripada jentera serangan handalan Seleção itu.

Singapura sudah pasti mahu bangkit daripada kekecewaan, susulan tewas 1-4 di tangan Paraguay. Sementara itu, Brazi juga turut hampa selepas dikejutkan jaguh Asia, Jepun dengan keputusan 3-2 tempoh hari.

Beraksi di Stadium Nasional Kallang, Singapura, tuan rumah mencuba untuk mengatur gerak bagi memecahkan blok pertahanan Brazil menerusi gerakan hantaran-hantaran pendek.

Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan hasil ledakan Vinicius Jr pada minit ke-9 sebelum meledak satu lagi jaringan, enam minit berselang.

Pemain berusia 26 tahun itu melengkapkan hatriknya dalam tempoh 21 minit meletakkan dirinya pada posisi yang sesuai untuk menerima hantaran daripada Estevao dari bahagian kanan sebelum menyudahkannya dengan tenang.

Hantaran permata Chelsea FC, Estevao sekali lagi berjaya mencari lari Endrick sebelum bintang Real Madrid itu melepaskan rembatan kencang, menewaskan Izwan Mahbud pada minit ke-31.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-4 memihak Brazil menuju ke bilik persalinan berdepan Singapura.

Bersambung babak kedua, Brazil memberi tekanan awal terutamanya menerusi gerakan bahagian sayap untuk meraih tambahan jaringan.

Usaha itu berjaya memerangkap pertahanan Singapura apabila bolos kali kelima menerusi Estevao (minit 51) sebelum Rayan melengkapkan jaringan keenam buat Brazil pada minit ke-65. 

Pemain gantian Singapura, Raoul Suhaimi tertampan bola masuk ke dalam gawang sendiri untuk memberikan gol ketujuh buat pasukan Amerika Selatan itu pada minit ke-74.

Tambahan masa enam minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan, apabila kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan itu menyaksikan Singapura kehilangan -0.54 mata susulan tewas kepada juara lima kali Piala Dunia itu sambil Brazil meraih jumlah mata +0.54 mata juga.

Kemenangan Brazil menyaksikan jaguh Amerika Selatan itu hanya menambah +0.54 mata ke 1,800.90 mata dan Singapura cuma kehilangan 0.54 mata ke sekitar 1,056.15 mata. Dengan keputusan itu, kedua-dua pasukan dijangka kekal di tangga masing-masing menjelang ranking rasmi FIFA yang akan dikemas kinu esok, 18 November 2026.

TnG eWallet
TnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
Memuatkan...