Asia Tenggara

Kelayakan Piala Asia B-17: Kualiti Penyudah Buat Singapura Kempunan

Singapura Malaysia B 17 Malaysia NT Kelayakan Piala Asia B-17: Kualiti Penyudah Buat Singapura Kempunan
Malaysia NT

Jurulatih Singapura Bawah 17 Tahun (B-17), Ashraf Ariffin mengakui kualiti penyudah menjadi punca pasukan itu tewas kepada Malaysia dalam aksi terbaru kelayakan Piala Asia B-17 2027.

Advertisement

Ashraf berpandangan sedemikian selepas menilai prestasi anak buahnya sepanjang perlawanan Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Jurulatih Singapura itu percaya sentuhan klinikal di hadapan gol menjadi pemisah antara anak buahnya dan skuad muda negara.

“Saya fikir kita cukup kompetitif (ketika menentang Malaysia). Ia boleh saja menjadi perkara berbeza jika kita menyudahkan peluang kita.

“Saya tak mahu kata kita tidak bernasib baik tetapi kita mencipta nasib kita untuk mencipta lebih banyak peluang,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia dan Singapura masing-masing berkongsi tiga mata. Singapura kekal di tangga ketiga kerana memiliki kelebihan jaringan.

Selepas ini, Singapura akan menentang Palestin pada 20 November. Malaysia pula akan menentang Guam pada 17 November.