Asia Tenggara

Thailand Muncul Juara King’s Cup, Tumpaskan Tajikistan

Supachok Thailand Changsuek 1 Thailand Muncul Juara King's Cup, Tumpaskan Tajikistan
Changsuek

Thailand menamatkan kemarau kejuaraan King’s Cup selama dua tahun apabila menewaskan wakil Asia Tengah, Tajikistan di pentas final.

Advertisement

Selepas membelasah Brunei 6-0 dalam aksi sebelumnya, anak buah Anthony Hudson berharap dapat menamatkan kemarau kejohanan sejak 2024. Kejohanan edisi tahun tersebut menyaksikan Thailand mengatasi cabaran Syria di peringkat akhir.

Tonggak veteran, Theerathon Bunmathan mengetuai jentera tengah Thailand. Bekas arkitek Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Amirbek Juraboev mengemudi jentera tengah Tajikistan.

The Persian Lions ditimpa malang apabila beraksi dengan 10 pemain. Pengadil Jepun, Koji Takasaki tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Nozim Babadjanov pada minit ke-38.

Pengadil Kad Merah Tajikistan Changsuek Thailand Muncul Juara King's Cup, Tumpaskan Tajikistan
Pengadil Jepun, Koji Takasaki melayangkan kad merah kepada Babadjanov meskipun dibantah pemain Tajikistan. Sumber: Changsuek

Kelebihan 11 pemain pantas dimanfaatkan Thailand. Penyokong Gajah Perang ceria apabila Supachok Surachat membuka tirai jaringan pada minit ke-40.

Selepas rehat, Thailand semakin ghairah mencari peluang merobek gawang anak buah Igor Angelovski. Hasilnya, Teerasak Poeiphimai meledakkan gol kedua pada minit ke-49.

Tajikistan makin derita apabila Teerasak sekali lagi merobek gawang mereka pada minit ke-75.

Keputusan ini menyaksikan Tajikistan terlepas peluang mengulangi pencapaian bergelar juara pada edisi 2022. Kemenangan ini menyaksikan Anthony Hudson meraih trofi sulung selaku jurulatih Thailand.

Pencapaian ini turut menebus kehampaan beliau dan kem Thailand selepas sekadar muncul naib juara FIFA ASEAN Cup 2026 di Indonesia pada Oktober lalu.

TnG eWallet
TnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
Memuatkan...