UCL: Manchester United Jadi ‘Lauk’ Como
MakanBola
Como 1907

Manchester United mengalami kekalahan memalukan di tangan wakil Itali, Como dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Khamis.

Kekalahan kedua berturut-turut dicatatkan Manchester United dalam aksi ketiga UCL musim ini selepas skuad kendalian Michael Carrick kalah 1-4 kepada Como yang membuat penampilan sulung di pentas tertinggi Eropah ini.

Trio berbisa yang terdiri daripada Bruno Fernandes, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha memikul tugas mengemudi serangan Manchester United manakala bintang muda Argentina, Nico Paz menjadi taruhan Como bagi memburu jaringan.

Ketajaman bintang berusia 22 tahun itu terbukti seawal minit kedua apabila percubaan kaki kiri dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Manchester United, Senne Lammens untuk meletakkan Como di hadapan 1-0.

Bersambung babak kedua, tuan rumah semakin garang dengan menyumbat gol kedua ketika permainan baru berusia 4 minit apabila lorongan Nico Paz disempurnakan dengan begitu tenang oleh penyerang, Anastasios Douvikas.

Mimpi ngeri Manchester United berterusan selang 8 minit kemudian apabila Nico Paz sekali lagi menjadi watak pemusnah dengan menjaringkan gol ke-3 Como menerusi penyudah berbisa kaki kiri dari dalam kotak penalti pihak lawan.

Pada minit ke-76, Como terus berpesta dengan jaringan ke-4, yang berjaya dihasilkan pertahanan, Jacobo Ramon menerusi satu tandukan bebas tanpa dikawal oleh barisan pemain Manchester United bagi menceriakan peminat tuan rumah.

Pelawat akhirnya berjaya menembusi gawang Como pada minit ke-90 hasil percubaan jarak dekat oleh pemain gantian, Joshua Zirkzee, namun jaringan tersebut masih tidak berupaya untuk menghalang kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Aksi berakhir dengan kemenangan besar 4-1 memihak Como.