UEFA Champions League

UCL: Borussia Dortmund ‘Ikat Ketat’ Arsenal

Arsenal Borussia Dortmund UCL: Borussia Dortmund ‘Ikat Ketat’ Arsenal
Borussia Dortmund

Arsenal terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini meskipun sekadar seri 1-1 dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Advertisement

Selepas seri 2-2 dengan Newcastle United pada 22 November lalu, anak buah Mikel Arteta berharap dapat bangkit bila bertemu Der BVB. Dortmund pula mahu melebarkan rentak kemenangan kepada empat perlawanan dalam semua kejohanan.

Bekas penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga memikul tugas sebagai penjaga gol utama susulan kecederaan yang menimpa David Raya. Bekas penyerang Wolves, Fabio Silva mengetuai jentera serangan pelawat.

Penyokong Arsenal di Stadium Emirates ceria apabila penyerang Sweden, Viktor Gyokeres meledakkan gol pendahuluan pada minit ke-10.

Tersentak, Dortmund bangkit mengatur semula rentak. Joane Gadou hampir menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit akhir babak pertama tetapi percubaannya tidak berhasil.

Selepas rehat, Der BVB terus meningkatkan tekanan untuk memburu gol penyamaan. Gadou membuat hantaran bola kepada Maximilian Beier sebelum menewaskan Arrizabalaga pada minit ke-55.

Kedua-dua pasukan kemudiannya berusaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Sofascore memilih kapten Arsenal, Martin Odegaard sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7.

Arsenal kini mengalihkan fokus kepada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City pada 30 November ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...