Pengurus Manchester United, Michael Carrick memilih untuk bersikap tenang meskipun berdepan prospek dipecat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Hal ini dinyatakan beliau selepas melihat anak buahnya tewas 3-0 kepada Bournemouth dalam aksi terbaru liga.
“Saya cukup faham situasinya. Sejujurnya, saya tak menjangkakan apa-apa. Saya akan terus bekerja seperti biasa dan anda tahu, saya sukakan tempat ini,” katanya seperti dilaporkan Fabrizio Romano.
Kedudukan Carrick dilihat semakin berisiko susulan kekalahan terbaru ini. Hal ini menyaksikan United kini merekodkan dua kemenangan dalam 12 perlawanan semua kejohanan.
Meskipun begitu, pengurusan The Red Devils dijangka berdepan kesukaran menyingkirkan Carrick. Ini kerana penyokong menzahirkan sokongan kepada beliau dan mengecam para pemain.
Jika Carrick dipecat, beberapa nama dilaporkan berada dalam radar kelab. Antaranya Eddie Howe, Julian Nagelsmann, Antonio Conte dan Cesc Fabregas.
Isu tentang kedudukan Carrick dan calon pengganti beliau turut mencetuskan perbalahan dalam kalangan anggota pengurusan kelab.


