Thailand memenuhi jangkaan sebagai pasukan pilihan di FIFA ASEAN CUP selepas mudah menumpaskan Pakistan dalam aksi pertama Kumpulan B.
Kemenangan 4-0 dicatatkan Thailand ke atas Pakistan dalam perlawanan pertama dijaringkan gol oleh Teerasak Poeiphimai sebanyak 2 kali, Jude Soonsup-Bell dan Haris Zeb (GS).
Kesebelasan utama Gajah Perang dibarisi oleh Patiwat Khammai di posisi penjaga gol & Sarach Yooyen sebagai ketua pasukan tatkala Pakistan mempertaruhkan Ilhan A. Arshad dan A. Raza bagi memimpin jentera serangan.
Suasana di Stadium Si Jalak Harupat menjadi gegak-gempita selepas Teerasak Poeiphimai meletakkan Gajah Perang di hadapan hasil jaringan pertama di minit ke-31 sekali gus memberikan kegembiraan kepada kem pasukan beliau.
10 minit selepas itu, Jude Soonsup-Bell pula meledak gol kedua aksi sekali gus menamatkan babak pertama dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, pemain Pakistan tertampan gol sendiri pada minit ke-64 bagi memastikan Gajah Perang terus berada jauh di hadapan.
Sebelum tamat aksi, Teerasak Poeiphimai menambah gol keempat perlawanan bagi menutup permainan dengan keputusan 4-0.
Kemenangan besar ini memastikan Thailand membawa momentum positif bagi aksi kedua kejohanan ini.