Ranking pasukan kebangsaan China jatuh mendadak sekali gus membuka peluang buat Harimau Malaya mengganas.
Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe berada pada momentum terbaik susulan meraih tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini.
Harimau Malaya berjaya menundukkan Vietnam dengan keputusan 1-0, selain mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan di Jakarta.
Momen cemerlang itu juga disusuli dengan rekod kebal tanpa bolos pasukan kebangsaan sepanjang empat perlawanan yang diharungi dan juga menjaringkan 10 gol.
Prestasi cemerlang ini menjadi suntikan semangat tatkala Harimau Malaya bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Guangzhou, masing-masing menentang China dan Yemen.
Prestasi semasa juga tidak memihak China kendalian Shao Jiayi selepas tewas tiga aksi daripada empat perlawanan terakhir, termasuklah dibelasah Palestin dengan keputusan 5-0.
Deretan kekalahan juga menyaksikan China mengalami kejatuhan ranking FIFA yang mendadak, berada pada kedudukan ke-96 dunia berbanding 91 dunia pada kemas kini terdahulu.
China bagaimanapun memiliki reputasi baik berdepan pasukan dari Asia Tenggara selepas berjaya mengikat Thailand dengan keputusan tanpa jaringan pada Jun dan juga kemenangan menetang Singapura dengan keputusan 2-1.
Aksi antara Malaysia dan China dijadual berlangsung pada 14 November 2026 di Stadium Tianhe, Guangzhou sebelum mengharungi satu lagi aksi menentang Yemen, 17 November ini.