Asia Tenggara

FIFA ASEAN Cup: Laos ‘Bedil’ Brunei

Copy of Thumbnail Artikel MB Wan 20260924 184018 0000 FIFA ASEAN Cup: Laos ‘Bedil’ Brunei
LAO FF
Advertisements

Laos berjaya menundukkan pasukan Brunei dengan keputusan 3-1 di Stadium Mong Kok, Hong Kong pada Khamis dalam aksi pembukaan Piala ASEAN FIFA 2026 peringkat Divisyen Cabaran.

Laos turun dengan kesebelasan mantap untuk menundukkan pasukan Brunei apabila meletakkan S. Vethita di posisi penjaga gol dan pemain sensasi, Bounphachan Bounkong di bahagian serangan.

Sementara itu, Brunei membariskan Haimie Nyaring sebagai benteng dan H. Haziq sebagai penyerang utama pasukan.

Pemain sensai Laos, Bounphachan Bounkong berjaya meledak 2 gol dalam tempoh 25 minit perlawanan bagi menggembirakan kem pasukan beliau.

Selepas itu, pemain Brunei, Haziq Naqiuddin merapatkan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak seimbang dalam mengatur serangan menerusi ayam tambatan utama masing-masing.

Seterusnya, Laos kembali menjaringkan gol pada minit ke-66 menerusi Bounchay Chernvanglien sekali gus memastikan kemenangan mutlak kepada negara beliau.

Aksi di Hong Kong itu tamat dengan keputusan 3-1 memihak pasukan Laos.