Piala FA

“Sampai Bila Mahu Salahkan Orang Lain?” Safiq Rahim Bidas Kim Pan-Gon

Pan gon Selangor FC 2 3 “Sampai Bila Mahu Salahkan Orang Lain?” Safiq Rahim Bidas Kim Pan-Gon
Selangor FC
Advertisements

Bekas pemain tengah kebangsaan, Safiq Rahim menggesa jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon agar berhenti menyalahkan orang lain susulan kegagalan mara ke final Piala FA.

Safiq berpandangan sebagai jurulatih, Pan-gon seharusnya mengambil tanggungjawab atas kegagalan Selangor merealisasikan sasaran mara ke final.

Ini termasuk keputusan dari segi perancangan taktikal dan pemilihan pemain gantian dalam aksi separuh akhir kedua menentang Kuching City FC.

“Kalau lihat cara Selangor bermain, mereka lebih banyak bertahan dan pendekatan taktikal yang digunakan juga boleh dipersoalkan.

“Lebih menarik, gol sendiri yang menjadi antara punca kekalahan itu pula dijaringkan oleh pemain yang dimasukkan sebagai pemain gantian,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Safiq yang pernah mewakili Selangor sebanyak dua kali dalam kariernya turut menggesa Pan-gon berhenti menyalahkan orang lain dan menilai semula kelemahan pasukan.

“Satu lagi perkara yang agak ketara, setiap kali ada masalah atau kegagalan, isu pengadil, FAM dan MFL sering dibangkitkan. Perkara yang sama seolah-olah berulang setiap musim. Sampai bila mahu terus mencari kesalahan orang lain?

“Takkan langsung tiada kelemahan dalam pasukan sendiri yang perlu diakui? Dalam bola sepak, kita kena berani mengaku kalau pasukan sendiri memang bermain kurang baik.

“Kalau taktikal tidak menjadi, pemain tidak menunjukkan prestasi yang sepatutnya atau keputusan yang dibuat kurang tepat, terima hakikat dan perbaiki,” tambahnya.

Selangor terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas 3-2 secara agregat di tangan Kuching City.

Susulan itu, Selangor kini mengalihkan fokus kepada baki kempen Liga Malaysia (Liga M) termasuk Liga Super.