Perjalanan hebat Lee Zii Jia di kejohanan Arctic Open terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada Anders Antonsen.
Pertarungan separuh akhir Arctic Open 2026 antara Lee Zii Jia dan Anders Antonsen berakhir dengan kemenangan buat jaguh perseorangan Denmark itu yang memakan masa 78 minit bagi menumbangkan wakil dari Malaysia tersebut.
Set pertama menyaksikan dominasi gelanggang yang sempurna dipamerkan Antonsen dengan pukulan-pukulan yang berjaya menembusi pertahanan Zii Jia sekali gus membutirkan mata-mata mudah kepada pemain dari Denmark itu.
Jurang mata yang terlalu jauh memberi kesukaran buat Zii Jia untuk bangkit mengejar, ketika mana Antonsen terus mengumpul mata sebelum permainan tamat dalam masa 20 minit, dengan kemenangan 21-11 menjadi milik lawan tersebut.
Permainan bersambung dengan skrip seakan serupa di permulaan set kedua apabila Antonsen mendahului aksi walaupun jaguh perseorang negara cuba untuk mengejar dengan mengutip satu per satu mata penting demi mengelak ketinggalan jauh.
Kebangkitan Zii Jia menjelma di pertengahan permainan apabila pemain kelahiran Kedah ini berjaya memintas mata Antonsen untuk kali pertama sebelum memecut ke penghujung aksi dan memenangi set yang kedua 21-15.
Set ketiga akhirnya menjadi milik Anders Antonsen dengan kemenangan 21- 16 selepas Zii Jia dipaksa bekerja keras untuk memberikan tentangan sebelum jaguh Denmark itu tersebut menutup pertarungan dalam masa 78 minit.