Bola Sepak Wanita

Hasrat Azurin Mazlan Ke Jepun Tertangguh

Azurin Sabah FA Womens Team 2 Hasrat Azurin Mazlan Ke Jepun Tertangguh
Sabah FA Women's Team
Advertisements

Hasrat penjaga gol kebangsaan, Azurin Mazlan untuk pergi ke Jepun terpaksa ditangguhkan.

Penjaga gol Sabah FA itu terpaksa membatalkan hasrat ke Negara Matahari Terbit itu kerana mengalami kecederaan patah buku lali.

Kecederaan itu dipercayai dialami Azurin sebelum aksi final Liga Wanita Nasional (LWN) 2026 antara Sabah dan Selangor FC baru-baru ini.

“Saya sepatutnya terbang ke Jepun untuk hadiri sesi percubaan dengan kelab di sana selama 10 hari malam ni. Tapi mungkin bukan rezeki saya. Satu lagi kecederaan,” katanya di Threads.

Selepas beliau memuat naik status tersebut, ramai peminat mendoakan Azurin cepat sembuh daripada kecederaan itu.

Susulan kecederaan itu, Asma Junaidi mengisi tempat selaku penjaga gol utama Sabah dalam perlawanan itu. Aksi tersebut menyaksikan Sabah muncul juara dengan kemenangan 1-0.