Manchester United bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menewaskan kelab Itali, AS Roma dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Selepas gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam sembilan perlawanan, United amat memerlukan kemenangan bila melayan kunjungan Roma di Old Trafford.
Penyokong United kecewa apabila Matias Soule meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-11. Enam minit kemudian, giliran Donyell Mallen pula mencetak nama sebagai penjaring.
Dua gol tersebut membolehkan Roma mendahului 2-0 sehingga rehat separuh masa. Situasi berubah apabila perlawanan disambung selepas rehat.
United kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti selepas Gianluca Mancini dikesan menjatuhkan Matheus Cunha.
Pada awalnya, penalti Bruno Fernandes dinafikan penjaga gol pelawat, Devis Marquez. Selepas pengadil mengarahkan penalti diambil semula, kapten United itu memastikan talian hayat buat tuan rumah.
Cunha kemudiannya menceriakan Old Trafford dengan meledakkan gol penyamaan pada minit ke-83. Ini disusuli dengan gol kemenangan pada minit ke-86.
Penyerang Brazil itu kemudiannya bernasib malang apabila mengutip kad kuning kedua pada minit akhir perlawanan. Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini menyaksikan United akhirnya menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan. Cunha dipilih Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.8.
Selepas ini, United berharap dapat meraih kemenangan kedua liga apabila bertemu Aston Villa pada 9 November ini.


