Harimau Malaya

Akhyar Rashid & Luqman Hakim ‘Tunggu’ Panggilan Tan Cheng Hoe

Akhyar Rashid FA Malaysia 1 Akhyar Rashid & Luqman Hakim ‘Tunggu’ Panggilan Tan Cheng Hoe
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Negeri Sembilan FC, Akhyar Rashid dan penyerang muda sensasi, Luqman Hakim antara 15 pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia pemain Harimau Malaya.

Ini berdasarkan senarai yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di laman sesawang rasmi badan induk itu.

Selain dua pemain tersebut, turut tersenarai tiga wakil Terengganu FC iaitu Suhaimi Husin, Safwan Mazlan dan Danial Amier. Turut tercatat Dominic Tan, Fayadh Zulkifli dan Darren Lok (Sabah FC), Declan Lambert & Nazmi Faiz (Kuching City) dan Aliff Haiqal & Haqimi Azim (Penang FC).

Syafiq Ahmad (KL City FC), Aliff Izwan (Selangor FC) dan Danial Asri (DPMM FC) melengkapkan senarai pemain bersedia Harimau Malaya.

Pemain-pemain tersebut diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya ada pemain dari senarai 24 pemain yang dipanggil jurulatih interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menarik diri atas sebab seperti kecederaan.

Skuad kali ini menyaksikan tiada pemain daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan. Selain itu, Cheng Hoe turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di luar negara termasuk Richard Chin, Dion Cools, Fergus Tierney dan Daniel Ting.

Skuad Harimau Malaya akan berkumpul untuk melapor diri pada Isnin, 9 November 2026 sebelum berlepas ke China pada Selasa, 10 November 2026.

Perlawanan pertama bertemu China pada Sabtu, 14 November 2026 akan berlangsung pada jam 8:00 malam dan perlawanan kedua menentang Yemen pada Selasa, 17 November 2026 dijadual pada jam 2:00 petang. Kedua-dua perlawanan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre.

Berdasarkan ranking terkini FIFA, Malaysia kini berada di tangga ke-133 dunia, China di tangga ke-96 dunia manakala Yemen di tangga ke-144 dunia.