Piala FA

Joao Figueiredo Tamatkan Kemarau Gol 9 Bulan

Figueiredo JDT JST 2 Joao Figueiredo Tamatkan Kemarau Gol 9 Bulan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Joao Figueiredo menamatkan kemarau gol selama sembilan bulan dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang DPMM FC.

Penyerang berusia 30 tahun itu meledakkan gol pendahuluan buat Harimau Selatan pada separuh masa pertama.

Gol itu cukup bermakna buat Figueiredo. Ini kerana ini gol pertama beliau sejak menyumbat gol ketika menentang Imigresen FC (kini Star City FC) dalam aksi yang berlangsung pada 1 Februari lalu.

Figueiredo dan enam lagi pemain kemudiannya menjalani penggantungan yang diputuskan Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS) pada Mac lalu.

Kesemua pemain termasuk bekas penyerang Istanbul Basaksehir itu kemudiannya kembali beraksi apabila penggantungan mereka berakhir pada 1 November lalu.

Figueiredo membantu JDT menewaskan DPMM 6-1. Selain beliau, Manuel Hidalgo, Oscar Arribas, Jairo da Silva, Daniesh Amirruddin dan Marcos Guilherme turut mencetak nama sebagai penjaring.

Penyerang Australia, Jordan Murray menyumbat gol saguhati buat DPMM. JDT layak ke final dengan keputusan agregat 8-1.

JDT bakal berentap dengan Kuching City FC di pentas final. The Cats mara selepas menyingkirkan Selangor FC dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua.