Manchester United merekodkan kekalahan besar di laman sendiri apabila dibelasah Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Satu lagi episod kekalahan dicatatkan Manchester United apabila tewas 0-3 di tangan Bournemouth untuk menjadi kekalahan ke-5 dalam 8 perlawanan terakhir yang diharungi oleh The Red Devils.
Rombakan dilakukan oleh pengurus Manchester United, Michael Carrick setelah merehatkan Matheus Cunha dan Bruno Fernandes sementara Evanilson mengemudi jentera serangan Bournemouth.
Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-38 apabila Rayan menampan kemas hantaran Justin Kluivert dari sepakan percuma untuk menewaskan Senne Lammens di pintu gawang Manchester United.
Tekanan memuncak untuk tuan rumah selepas kesilapan Lenny Yoro membuka peluang buat Marcus Tavernier menjaringkan gol kedua Bournemouth sebelum separuh masa pertama melabuhkan tirai.
Benteng Manchester United terus bocor setelah kesilapan Senne Lammens yang meninggalkan pintu gol dihukum oleh Evanilson hasil tolakan mudah ke dalam gawang untuk jaringan ke-3 buat pelawat.
Aksi di Old Trafford berakhir dengan kekalahan besar 0-3 buat Manchester United sekali gus menghadiahkan 3 mata berharga kepada Bournemouth.
Ini merupakan kekalahan kedua dicatatkan The Red Devils dalam masa 4 hari selepas anak didik Micheal Carrick ini turut dibelasah Como dari Itali 4-1 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) lalu.


