UltraSukan

Wei Chong-Kai Wun Juara French Open, Akhiri Penantian 22 Tahun

Wei Chong Kai Wun Wei Chong-Kai Wun Juara French Open, Akhiri Penantian 22 Tahun
Badminton Indonesia
Advertisements

Man Wei Chong-Tee Kai Wun berjaya menamatkan penantian Malaysia selama 22 tahun untuk muncul sebagai juara beregu lelaki di kejohanan French Open 2026.

Kemenangan tersebut bagaimanapun hadir dengan cukup mencabar apabila Wei Chong-Kai Wun diberikan cabaran sengit oleh rakan senegara, Izzuddin-Goh Sze Fei sebelum muncul pemenang.

Set pertama bermula dengan cukup agresif oleh Izzuddin-Sze Fei menerusi permainan pantas dan pukulan silang yang sering kali memerangkap pergerakan Wei Chong-Kai Wun bagi meraih mata.

Saingan sengit cuba ditampilkan oleh anak didik Rexy Mainaky selepas itu namun pengalaman dan corak permainan konsisten menjadi kelebihan buat Izzuddin-Sze Fei untuk menang di set awal.

Permulaan lebih baik buat Wei Chong-Kai Wun pada set kedua dengan kelebihan mata yang lebih besar untuk memimpin aksi selepas memanfaatkan kesilapan daripada beregu profesional negara itu.

Set kedua akhirnya menjadi milik pasangan di bawah seliaan BAM itu walaupun Izzuddin-Sze Fei berusaha mengejar namun, kemenangan 21-15 mengheret aksi ke set ketiga.

Momentum yang dimiliki oleh Wei Chong-Kai Wun dibawa untuk memaksa Izzuddin-Sze Fei melakukan kesilapan dan membutirkan mata-mata mudah kepada beregu ke-11 dunia itu.

Wei Chong-Kai Wun muncul juara dengan keputusan 13-21, 21-15, 21-7 dalam masa 44 minit.

Kejayaan bersejarah ini memastikan penantian selama 22 tahun bagi menyaksikan beregu lelaki Malaysia muncul juara di French Open akhirnya tercapai, dengan kali terakhir dimenangi oleh Koo Kien Keat-Gan Teik Chai pada 2004