Jurulatih Star City FC, Mehmet Durakovic mengakui tetap bangga dengan prestasi anak buahnya meskipun tewas 1-0 kepada Selangor FC.
Ini kerana meskipun ketinggalan satu gol di Stadium MBPJ, Star City tetap memberi tentangan sengit kepada Selangor sehingga wisel penamat.
Ini ditambah dengan pasukan yang dibimbing Kim Pan-gon itu masih belum tewas dalam liga setakat ini.
“Kita tahu Selangor, kita tahu mereka satu pasukan yang bagus. Mereka memiliki penyerang-penyerang yang bagus dan pemain-pemain tempatan yang bagus.
“Tapi saya bangga dengan pemain-pemain saya dan pasukan saya. Pemain-pemain yang masuk sebagai pemain gantian, mereka melakukan tugas yang hebat jadi kecewa untuk pulang tanpa sebarang mata.
“Tapi para pemain semakin menunjukkan peningkatan dan kekalahan ini sukar diterima kerana saya fikir kita mendapat sesuatu dalam perlawanan ini,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.
Selangor meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Hugo Boumous. Selangor kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada babak kedua.


