Liga Super

Liga Super: Selangor Benam Star City Penuh Debar

Selangor Star City Liga Super: Selangor Benam Star City Penuh Debar
Selangor FC
Advertisements

Selangor memperoleh kemenangan ke-6 dalam aksi Liga Super selepas menewaskan Star City pada Ahad.

Kemenangan 1-0 dicatatkan Selangor ke atas Star City dalam aksi yang mendebarkan selepas anak didik Kim Pan-gon berjaya mempertahankan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan meskipun beraksi dengan 10 pemain.

Gandingan Chrigor Moraes dan Hugo Boumous menjadi taruhan Kim Pan-gon bagi mencari jaringan buat Selangor manakala Star City tampil dengan kesebelasan utama yang diketuai oleh arkitek tengah, Endrick Dos Santos.

Gol tunggal di babak pertama terhasil pada minit ke-16 apabila tampanan mudah Hugo Boumous berjaya menewaskan penjaga gol Star City, Farhan Abdul Majid untuk tuan rumah di hadapan 1-0.

Malang buat Selangor apabila kapten pasukan, Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-81 setelah semakan video (VAR) mendapati tonggak Brazil itu melakukan tindakan susulan ke atas pemain lawan.

Aksi di Stadium MBPJ berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Selangor.