Liga Super

Liga Super: Alto Linus Puas Sabah Capai Objektif

Copy of Thumbnail Artikel MB Wan 20261031 211807 0000 Liga Super: Alto Linus Puas Sabah Capai Objektif
Sabah FC
Advertisements

Penolong jurulatih Sabah, Alto Linus berpuas hati bagi aksi antara Sabah menentang Terengganu pada Sabtu kerana mencapai objektif kelab.

Sabah menerima kunjungan pasukan Pantai Timur, Terengganu pada Sabtu bagi aksi minggu ke-6 di Stadium Likas.

Bagi perlawanan ini, Sabah mencari kemenangan ketiga sementara Terengganu kedua selepas menundukkan Melaka ketika aksi pembukaan kelab tersebut dalam perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Alto Linus, beliau berpuas hati selepas Sang Badak berjaya meraih objektif utama pasukan selepas beraksi di halaman sendiri.

Selain itu, beliau turut memuji gandingan depan Sabah yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan dalam aksi ini.

“Apabila kita menurunkan dua pemain berpengalaman di posisi penyerang, saya percaya Darren Lok dan Gonzalo Di Renzo dapat membentuk persefahaman yang baik, khususnya dalam memahami pergerakan masing-masing, sama ada ketika seorang pemain bergerak keluar dari posisi atau seorang lagi mengambil ruang tersebut. Bagi saya, mereka menunjukkan kombinasi yang cukup baik,” kata Alto Linus ketika sesi sidang media selepas bertemu Terengganu.

Aksi ini menyaksikan Sabah berjaya meraih kemenangan 2-0 hasil ledakan berbisa Gonzalo Di Renzo & Kike Cadete pada babak pertama sekali gus memberikan kemenangan ketiga buat pasukan Sang Badak.