Liga Super

Bergson Cipta Rekod Sebaris Cristiano Ronaldo & Messi

Bergson JDT JST 15 Bergson Cipta Rekod Sebaris Cristiano Ronaldo & Messi
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva kini sebaris dengan dua legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Transfermarkt mendedahkan Bergson sebahagian daripada kelompok 10 pemain yang paling banyak menjaringkan hatrik dalam abad ke-21.

Ronaldo mengetuai senarai itu dengan 67 hatrik sambil diekori Messi yang merekodkan 62 hatrik.

Robert Lewandowski, Luis Suarez dan pemenang terbaru Ballon d’Or, Harry Kane masing-masing merekodkan 35, 33 dan 31 hatrik.

Erling Haaland dan Kylian Mbappe masing-masing di tangga keenam dan ketujuh dengan 27 dan 25 hatrik. Neymar di tangga kelapan dengan 22 hatrik.

Menariknya, Bergson berkongsi 20 hatrik dengan legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic. Beliau menduduki tempat kesembilan kerana berjaya melakukannya dengan rekod 345 perlawanan.

Ini dilihat satu lagi pencapaian hebat buat Bergson. Terdahulu, penyerang berusia 35 tahun itu merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.

Pengiktirafan oleh Transfermarkt dilihat menyerlahkan lagi bisa Bergson sebagai peledak utama bersama JDT dan Harimau Malaya.