FIFA ASEAN Cup: Indonesia Belasah Bangladesh 9-2, Mara Ke Final
MakanBola
Timnas Indonesia

Indonesia berpesta jaringan ke atas Bangladesh dalam perlawanan terakhir Kumpulan A FIFA ASEAN Cup 2026 untuk layak ke final.

Pertemuan 90 minit di Stadium Utama Gelora Bung Karno berakhir dengan pesta jaringan buat Indonesia selepas menbenam Bangladesh 9-2 sekali gus membawa Sang Garuda mara ke pentas final FIFA ASEAN Cup untuk edisi 2026.

Jurulatih Indonesia, John Herdman melakukan 5 pertukaran di kesebelasan utama seperti memasukkan Rizky Ridho, Ivan Jenner serta Mitchell Baker sementara Hamza Choudhury kekal memimpin jentera tengah Bangladesh.

Mitchell Baker meletakkan Indonesia di hadapan pada minit ke-11 selepas menolak bola mudah ke gawang gol Bangladesh sebelum penyerang tinggi lampai itu menggandakan kedudukan 2-0 untuk tuan rumah selang 9 minit kemudian.

Pada minit ke-32, Rizky Ridho melakar nama sebagai penjaring buat Sang Garuda apabila percubaan kencang pertahanan Persija Jakarta itu di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Bangladesh, Mehedi Srabon.

Kejutan berlaku pada minit ke-36 apabila Bangladesh berjaya menjaringkan gol pertama selepas tepisan kurang kemas penjaga gawang Indonesia, Emil Audero dimanfaatkan oleh Shahriar Emon bagi merapatkan defisit jaringan 3-1.

Gol itu dibalas seminit kemudian oleh tuan rumah apabila Mitchell Baker melengkapkan hatrik hasil umpaman kemas dari sebelah sayap kanan dan penyerang muda itu terus menambah gol keempat peribadi bagi Indonesia selesa.

Justib Hubner menanduk masuk gol ke-6 Indonesia sebelum babak pertama berakhir, berpunca daripada sepakan sudut yang menambah tekanan kepada Bangladesh dan skuad negara dengan defisit jaringan besar untuk menerajui kumpulan.

4 gol di penghujung babak pertama dengan dua gol pada saat akhir oleh Kevin Diks dan Mitchell Baker memastikan perjuangan Indonesia terus membara ketika mana Bangladesh sempat menjaringkan salah satu dari jaringan itu.

Aksi di Stadium Utama Gelora Bung Karno berakhir dengan keputusan 9-2 memihak Indonesia untuk layak ke final FIFA ASEAN Cup.