Anak Bekas Bintang England Mahu Wakili Malaysia
MakanBola
Liverpool FC

Anak bekas penyerang England, Carlton Cole ingin mewakili Malaysia pada masa hadapan.

Hasrat itu dizahirkan pemain muda Middlesbrough, Cayden Cole. Cayden berbuat demikian selepas sebuah akaun berkongsi fakta pemain-pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah.

Akaun South East Asia Footballers Club berkongsi maklumat tentang 19 orang pemain termasuk Cayden. Selain bekas pemain Hull City itu, bintang muda West Ham, Harry Montague turut berada dalam senarai.

Sebaik senarai itu dimuat naik di akaun tersebut, Cayden hanya meninggalkan simbol hati di ruang komen.

Ramai peminat bola sepak negara melihat komen ringkas tetapi bermakna itu melambangkan keinginannya mewakili Harimau Malaya pada masa hadapan.

Cayden kini mewakili Middlesbrough untuk kempen musim 2026/27 selepas meninggalkan Hull City. Adiknya, Cody juga berpotensi mewakili Harimau Malaya pada masa hadapan.

Cody kini beraksi untuk skuad West Ham Bawah 15 Tahun (B-15). Sekiranya dia terus menunjukkan perkembangan baik, Cody berpeluang mengikut jejak Montague.

Pemain berusia 17 tahun itu baru saja memeterai kontrak profesional dengan pengurusan The Hammers baru-baru ini.