Wakil Malaysia, Kuching City membuka kempen kejohanan itu dengan keputusan seri 2-2 ketika berdepan pasukan Singapura, Tampines Rovers.
Selepas berjaya mendapatkan tiket ke kejohanan ini Kuching City tampak mempersiapkan pasukan dengan baik apabila membawa masuk beberapa pemain ternama seperti Safawi Rasid dan Ajdin Mujagic.
Naberu Furusawa menjadi ayam tambatan Tampines Rovers. Ajdin Mujagic pula mengetuai jentera serangan The Cats.
Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah cuba mencari gol awal menerusi bintang utama Safawi Rasid namun gagal membuahkan hasil.
Tampines Rovers membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi Yositaka Furusawa hasil kesilapan Gabriel Peres mengeluarkan bola sekali gus menghukum pasukan tuan rumah.
Kuching City banyak menguji kecekapan penjaga gol pelawat pada penghujung babak kedua namun keputusan 0-1 kekal sehingga rehat.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampak saling berbalas serangan bagi mencari gol tambahan namun gagal berhasil.
Kuching City tampak semakin buntu memperoleh gol penyamaan aksi sehingga minit ke-70.
Akhirnya, gol penyamaan hadir pada penghujung separuh masa kedua menerusi Gabriel Peres sebelum Koya Kazama menjaringkan gol kedua Tampines Rovers pada minit ke-88.
Gabriel Peres sekali lagi muncul sebagai wira Kuching City pada masa kecederaan babak kedua selepas meledak gol penyamaan sekali gus memastikan tuan rumah, The Cats membawa pulang 1 mata. Aksi di Stadium Taha Ariffin tamat dengan keputusan 2-2 bagi kedua-dua pasukan.
Selepas ini, Kuching City akan meneruskan kempen itu bertemu wakil Indonesia, Borneo FC Samarinda pada 9 Disember sementara Tampines Rovers bakal berdepan cabaran pasukan Filipina, Manilla Digger, 18 November 2026.