ACL

AFC MA Ranking: Malaysia ‘Terbang’ Ke Tangga 9 Asia

JDT ACLE 6 AFC MA Ranking: Malaysia ‘Terbang’ Ke Tangga 9 Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak selepas melonjak ke kedudukan tangga kesembilan di Asia bagi ranking MA Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Malaysia kini memiliki dua wakil yang beraksi pada pentas berprestij di Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan juga Kuching City FC pada pentas Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2) 26-27.

Skuad Harimau Selatan tampil dengan aksi konsisten selepas tiga perlawanan awal – meraih dua kemenangan dan satu seri selain tidak tewas mana-mana perlawanan setakat ini.

Terbaharu, JDT yang juga pasukan nombor satu di Asia Tenggara berjaya melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas jaguh Thailand, Port FC di Stadium Sultan Ibrahim untuk membantu memperbaiki kedudukan ranking negara pada peringkat Asia.

Kemas kini ranking oleh Footy Rankings menyaksikan Malaysia kini berjaya melonjak satu lagi tangga untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 10 negara terbaik di Asia.

Malaysia kini naik ke tangga kesembilan secara keseluruhan dengan 44.462 mata dan berjaya memintas kedudukan Uzbekistan namun hanya terpisah dengan marjin mata yang kecil.

Kedudukan negara Asia Timur menyaksikan Malaysia kekal di tangga kelima, namun mengekori rapat Australia di tangga keempat dengan 46.078 mata sementara Jepun kekal di tangga teratas dengan 108.341 mata.

Thailand kekal menjadi negara nombor satu di Asia Tenggara dengan 54.447 mata (ketiga di Asia Timur), disusuli Malaysia selaku pasukan kedua terbaik di ASEAN.

0.68 AFC MA Ranking: Malaysia ‘Terbang’ Ke Tangga 9 Asia

JDT selaku wakil tunggal di ACLE 26-27 bakal meneruskan perjuangan bagi perlawanan keempat menentang Jeonbuk Hyundai pada 3 November manakala Kuching City (ACL2) berdepan Gangwon pada 5 Disember 2026.