ACL

Atasi Kuching City, Perasaan Jurulatih Gangwon Bercampur-Baur

Kyung ho Gangwon FC Atasi Kuching City, Perasaan Jurulatih Gangwon Bercampur-Baur
Gangwon FC
Advertisements

Meskipun berjaya mengalahkan Kuching City FC, jurulatih Gangwon FC, Chung Kyung-ho masih belum berpuas hati dengan prestasi anak buahnya.

Ini kerana pada hemat beliau, penguasaan yang ditampilkan Gangwon seharusnya diterjemahkan dengan bilangan jaringan yang lebih besar.

Pada masa sama, Kyung-ho melihat kemenangan itu cukup bermakna. Ini kerana harapan Gangwon untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) masih lagi terbuka.

“Hari ini merupakan perlawanan yang saya persiapkan untuk meraih kemenangan. Hasilnya, saya rasa saya telah mencapai matlamat tersebut kerana kami berjaya membawa pulang tiga mata.

“Walau bagaimanapun, saya agak kesal kerana kita gagal manfaatkan peluang menjaringkan gol dengan lebih baik. Kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi kita gagal melakukannya.

“Namun begitu, dengan kemenangan hari ini, harapan kami untuk mara ke pusingan 16 terbaik dalam ACL2 masih kekal (membara),” katanya seperti dilaporkan Maeil Business.

Gangwon meraih kemenangan ke atas The Cats hasil jaringan tunggal pemain sayap berpengalaman, Choe Byeong-chan pada separuh masa pertama.

Gangwon dan Kuching City akan berentap buat kali kedua pada 5 November ini di Kuching, Sarawak.