ACL

ACL2: Kuching City Kalah Tipis Kepada Gangwon

Ramadhan Gangwon Kuching City FC ACL2: Kuching City Kalah Tipis Kepada Gangwon
Kuching City FC
Advertisements

Kuching City FC akhirnya mengecapi kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) apabila menewaskan Gangwon FC.

Selepas mengharungi dua perlawanan Kumpulan H, kedua-dua pasukan terdesak mencari kemenangan. Kuching baru meraih satu mata dengan Gangwon masih tanpa sebarang mata.

Gandingan Ramadhan Saifullah, Gabriel Nistelrooy dan Dylan Wenzel-Hall menjadi pilihan Aidil Sharin Sahak untuk merobek gawang Gangwon. Abdelkarim Chaouche mengetuai benteng tuan rumah.

Separuh masa pertama menyaksikan Gangwon mula memberi tekanan kepada benteng pelawat menerusi Lee Seung-won dan Kim Gun-hee.

Tekanan Gangwon membuahkan hasil apabila mendahului pada minit ke-28 menerusi Choe Byeong-chan.

Rembatan deras pemain sayap berusia 30 tahun itu terkena kaki Yuki Tanigawa sebelum melengkung masuk ke dalam gawang yang dikawal Haziq Nadzli.

Kuching City cuba bangkit mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Kuching City terus berusaha memberi tekanan untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi tidak berhasil.

Situasi ini mendorong Aidil Sharin memasukkan pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid, Joao Pedro dan Jerome Mpacko Etame untuk menambah kreativiti di bahagian hadapan.

Ramadhan hampir menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-80. Malangnya, rembatan leret beliau berjaya dinafikan Park Cheong-hyo.

Kuching City terus berusaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Gangwon memintas Kitchee di tangga kedua dengan tiga mata.

The Cats pula jatuh di tangga keempat dengan hanya satu mata. Meskipun tewas, kapten pelawat, James Okwuosa dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 7.6.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan bertemu semula di Kuching untuk aksi keempat Kumpulan H pada 5 November ini.