ACL

ACL2: Phnom Penh Crown ‘Bedil’ Kitchee

Phnom Penh Crown Kitchee ACL2: Phnom Penh Crown ‘Bedil’ Kitchee
Phnom Penh Crown FC
Advertisements

Pencabar Kuching City, Phnom Penh Crown meneruskan rentak kemenangan dalam kempen AFC Champions League Two (ACL2) 2026/27 selepas menewaskan wakil Hong Kong, Kitchee SC, 2-0 dalam aksi ketiga Kumpulan H pada Khamis.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo itu menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan sepanjang sebahagian besar perlawanan sebelum Phnom Penh Crown meledak dua gol pada penghujung aksi.

Kebuntuan akhirnya dipecahkan oleh Sa Ty yang menjaringkan gol pembukaan buat Phnom Penh Crown pada minit ke-89.

Phnom Penh Crown kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-90+3 menerusi Daniel Bareš untuk memastikan pasukan tuan rumah membawa pulang tiga mata penuh.

Keputusan itu menyaksikan Phnom Penh Crown mengekalkan rekod kemenangan selepas turut menewaskan Kuching City 2-1 pada aksi pembukaan dan Gangwon FC 2-1 dalam perlawanan kedua.

Skuad kendalian Oleg Starynskyi itu kini mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan untuk terus mendahului Kumpulan H.

Sementara itu, kekalahan tersebut menyaksikan Kitchee masih belum mencatat kemenangan dalam kempen ACL2 musim ini selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kitchee kini mengumpul dua mata hasil dua keputusan seri dan satu kekalahan, manakala Gangwon FC berada di tangga kedua dengan empat mata dan Kuching City di kedudukan keempat dengan satu mata.

Phnom Penh Crown seterusnya akan meneruskan perjuangan dalam saingan Kumpulan H bagi mengukuhkan kedudukan mereka menjelang baki perlawanan peringkat kumpulan.