China mengharapkan sepakan penalti pada penghujung aksi untuk bangkit mengikat Bahrain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Selasa.
Selepas berjaya menewaskan Harimau Malaya pada Sabtu, China berdepan detik sukar sebelum berjaya bangkit mengikat Bahrain 2-2, dengan sepakan penalti di lewat aksi berjaya menyelamatkan tuan rumah.
China membuat perubahan di jentera serangan dengan membawa masuk Behram Abduweli selaku penggemput utama manakala Ali Madan serta Mohamed Marhoon diberi tugas untuk memburu gol buat Bahrain.
Seawal minit ke-3, pelawat sudah pun berada di hadapan apabila Mohammed Qayoom melakukan tandukan bebas tanpa diberikan kawalan bagi menembusi pintu gol China yang dijaga oleh Hao Li.
Ahmed Bughammer kemudiannya menggandakan kelebihan buat Bahrain pada minit ke-20, berpunca daripada situasi tendangan sudut yang disempurnkan oleh pertahanan berusia 28 tahun itu.
Pasukan tuan rumah berhasil merapatkan kedudukan pada minit ke-37 menerusi jaringan Behram Abduweli yang menanduk tepat hantaran silang oleh Wang Yudong bagi menyuntik motivasi buat China.
Kemasukan kapten pasukan, Zhang Yuning di babak yang kedua memberikan keceriaan buat China apabila tonggak Beijing Guon itu berjaya menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-80 bagi mengikat kedudukan.
Aksi di Guangdong berakhir dengan keputusan seri 2-2.


