Dunia

ACLE: Vissel Kobe Hampakan Daniel Ting & Ratchaburi Saat Akhir

Ratchaburi Daniel Ting ACLE: Vissel Kobe Hampakan Daniel Ting & Ratchaburi Saat Akhir
Ratchaburi FC
Advertisements

Tonggak Harimau Malaya, Daniel Ting menjadi watak penting buat Ratchaburi FC namun tewas saat akhir kepada gergasi Jepun, Vissel Kobe.

Pasukan kendalian Worrawoot Srimaka turun dengan kesebelasan terbaik bagi aksi keempat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi memburu kemenangan pertama peringkat kumpulan.

Sementara itu, Vissel Kobe kendalian Micheal Skibbe masih segar dengan kejayaan menewaskan Daejeon Hana pada aksi ketiga kumpulan dengan keputusan tipis 1-0 di gelanggang lawan.

Aksi di Stadium Kobe Noevir menyaksikan tuan rumah mengatur gerak sejak awal permainan untuk mencari jaringan pembukaan.

Pasukan pelawat yang turun dengan formasi 4-2-3-1 lebih banyak mengatur gerak dari bahagian sayap hasil larian deras Sidcley dan juga Ekanit Panya.

Vissel Kobe bijak memanfaatkan kelekaan pertahanan apabila pemain sayap lincah, Kento Hamasaki meledak jaringan pembukaan pada minit ke-34 hasil rembatan deras jarak dekat.

Ting tampil bekerja keras pada babak pertama, terutamanya bagi menghalang gerakan penyerang lawan memasuki kawasan bahaya Ratchaburi dan melakukan beberapa bentesan penting.

Aksi babak pertama tamat dengan Vissel Kobe mendahului dengan jaringan 1-0 dengan Ratchaburi memberi tekanan penting.

Bersambung babak kedua, Ratchaburi dilihat lebih selesa mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan berjaya beberapa memerangkap lawan.

Jaringan penyamaan akhirnya hadir apabila hantaran Phongsakorn Sangkasopha meleaskan rembatan kaki kiri hasil hantaran Daniel Ting sebelum menewaskan Shota Arai pada minit ke-64.

Bintang sensasi Thailand, Ekanit Panya melepaskan satu rembatan kencang dari bahagian kanan padang, menuju ke penjuru gawang untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-82 sebelum Erik menyamakan kedudukan buat Vissel Kobe, seminit berselang.

Giliran seorang lagi pemain gantian, Tetsushi Yamakawa menanduk masuk hantaran rakan sepasukan bagi sepakan penjuru untuk gol kemenangan Kobe pada minit ke-88 sekali gus menghampakan harapan besar pelawat.

Tambahan masa enam minit oleh pengadil perlawanan tidak mengubah cerita di Jepun apabila perlawanan tamat dengan keputusan 2-2.

Kobe terus mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan peringkat kumpulan dan melonjak ke tangga teratas dengan 12 mata selepas empat aksi manakala Ratchaburi dengan hanya satu mata susulan merekodkan kekalahan ketiga.

Ting, pemain Harimau Malaya berusia 34 tahun itu menjadi tonggak barisan bawah paling menyerlah apabila memperoleh penilaian 6.9, tertinggi dalam kalangan tonggak pertahanan The Dragons.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Vissel Kobe bakal berdepan Cong An Ha Noi pada 24 November sementata Ratchaburi bakal melayan tentangan JDT di laman sendiri pada hari sama.