Kos Naik Taraf Stadium Shah Alam Cecah RM787 Juta
Dunia
Ahmad Rithauddin
Advertisements

Pembinaan semula Stadium Shah Alam difahamkan bakal menelan belanja RM 787 Juta.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari, beliau menjelaskan bahawa pembinaan semula stadium ini bakal melibatkan pemulihan secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, proses baik pulih ini bukan sahaja melibatkan stadium malah dalam sesi live tersebut, beliau ada menyatakan usaha untuk membangunkan sebuah Bandar Sukan dengan elemen Bandar Pintar (Smart City).

Advertisements

Amiruddin juga menegaskan bahawa proses ini bukan sahaja menelan belanja yang tinggi malah akan mengambil masa kira-kira 4 ke 5 tahun.

Hal ini bermaksud, Stadiuk Shah Alam dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2026.

Pelbagai kemudahan sudah pun dirangka bagi tujuan kemudahan kepada para penonton yang ingin hadir ke stadium termasuklah jaringan pengangkutan seperti LRT disediakan.

Advertisements

Ketika ini, pasukan Selangor FC menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai venue mereka buat sementara waktu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram