Kini Giliran KL City dan Pengulas Di ‘Scam’ Amri Yahyah
MakanBola
Video LabolaMalaya dan Unifi
Sponsors

Dalam satu perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Sabah dan Kuala Lumpur City, berlaku satu insiden di mana Amri Yahya berjaya memperdaya penyerang KL City untuk perangkap offside.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Labola memaparkan keadaan sepakan percuma milik KL City pada minit ke-59 dibatalkan kerana posisi penyerang KL City yang sudah terkehadapan.

Ad

Pemain KL City yang tidak mahu melepaskan “peluang keemasan” diberikan Amri Yahya memikirkan Amri akan tersilap kali ini namun akhirnya tersungkur malu apabila jaringan tersebut disahkan offside.

Ad

Sebelum ini Amri telah melakukan perkara yang sama semasa menentang pasukan Terengganu di Gong Badak dan aksinya memperdaya pemain Terengganu tular dan dilihat lebih 50,000 kali di Facebook dan Youtube.

Selain pemain KL City, pengulas turut diperdayakan Amri Yahyah yang merasakan jaringan tersebut adalah sah.

Ad

Penyokong bola sepak Malaysia rata-ratanya terhibur dengan kebijaksanaan Amri ketika beraksi di dalam padang dan menganggap Amri bijak menggunakan akal fikiran dan pengalamannya semasa bermain.

Ad

Dalam perlawanan ini Sabah dan KL City seri 1-1 sama menerusi jaringan sendiri Randy Baruh pada minit ke-22 dan Levy Madinda pada minit ke-66.

Ad