Amukan Cristiano Ronaldo Bantu Al-Nassr Bantai Abha Tanpa Belas
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Cristiano Ronaldo mencatatkan hatrik keduanya bersama Al-Nassr dalam aksi Liga Pro Saudi menentang Abha awal pagi tadi.

Status Al-Nassr sebagai pasukan pelawat tidak sama sekali menjejaskan rentak permainan mereka dan mendahului seawal minit ke-11 permainan melalui sepakan percuma Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 1-0.

10 minit kemudian, Ronaldo sekali lagi mempamerkan aksi berkelas dunia apabila meledak jaringan kedua buat Al-Nassr juga melalui penyudah sepakan percuma.

Advertisements

Pesta gol Al-Nassr berterusan pada minit ke-33 hasil penyudah Sadio Mane yang menyempurnakan hantaran dari Ronaldo.

Ronaldo melengkapkan hatrik pada minit ke-41 melalui satu penyudah menarik apabila kapten pasukan Portugal itu melambungkan bola yang sekali gus memerangkap penjaga gol. Al-Nassr mendahului 4-0.

Ketika aksi separuh masa pertama hampir ditamatkan, Ronaldo mencatatkan satu bantuan gol kepada Abdulmajeed Al-Sulaiheem bagi menutup separuh masa pertama dengan kedudukan 5-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Abdulrahman Ghareeb pula menampilkan bisa apabila meledak jaringan keenam buat Al-Nassr melalui rembatan deras jarak dekat.

Pemain muda Al-Nassr yang baru berusia 20 tahun, Abdulaziz Al-Aliwa menutup pesta gol Al-Nassr melalui dua jaringan pada minit ke-63 dan 86 untuk mengesahkan kemenangan besar 8-0 buat Al-Nassr.

Secara keseluruhan, Ronaldo membuktikan bahawa beliau merupakan watak penting buat Al-Nassr dalam perlawanan ini dengan ledakan hatrik selain dua bantuan gol turut direkodkan.

Advertisements

Al-Nassr kini berada di tangga kedua Liga Pro Saudi dengan mengumpul 62 mata dibezakan 12 mata dengan pendahulu liga, Al-Hilal yang mengumpul 74 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram