Anak Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr. membuat penampilan pertama bersama skuad Portugal Bawah 15 Tahun (B-15).
Sebelum ini, beliau menjadi sebahagian daripada skuad muda Portugal yang menyertai Vlatko Markovic International Tournament yang diadakan di Croatia.
Kini, pengendali pasukan itu, John Saints memberi peluang kepada pemain berusia 14 tahun itu membuat penampilan di pentas antarabangsa.
Cristiano Jr masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua aksi menentang Jepun menggantikan bintang muda Porto, Emiliano Cassama.
Aksi tersebut menyaksikan Portugal meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Jepun. Hatrik Rafael Cabral dan gol Henrique Amen memastikan kemenangan milik Portugal.
Menariknya, penampilan pertama Cristiano Jr turut disaksikan neneknya, Maria Dolores Aveiro.
Sebaik mengetahui puteranya telah membuat penampilan pertama bersama Portugal, Ronaldo merasa gembira dengan pencapaian anaknya itu.
“Tahniah atas penampilan pertama bersama Portugal, anakku. Saya amat bangga dengan kamu!” katanya di Instagram.
Selepas ini, skuad Portugal B-15 akan menentang Greece pada 14 Mei untuk aksi kedua kejohanan.