Aksi Separuh Akhir pertama Carabao Cup ini merupakan kali pertama Thomas Tuchel mengubah sistem permainan kepada formasi 4-2-2-2, setelah Thiago Silva digugurkan di saat-saat akhir dari kesebelasan utama.
Namun, ianya tidak memberi implikasi besar kepada Chelsea yang terus mengekalkan formasi 3-2-5 ketika menyerang, serta 5-3-2 ketika mereka bertahan.
Gol pertama mereka terhasil menerusi defending organization mereka, dan ianya dijayakan dalam tempoh kurang 1 minit!
Faktor fizikal Romelu Lukaku menjadi nilai tambah buat ‘front two’ pemain pasukan The Blues setiap kali mereka melakukan defensive duties, terutamanya dalam mengenakan tekanan kepada lawan. Sejurus sebelum gerakan gol pertama dihasilkan, tekanan yang diberikan oleh Lukaku terhadap pemegang bola memaksa pemain lawan tersebut melakukan back pass kepada pemain CB mereka, iaitu Sanchez. (Picture 1 – Picture 2)
Sebaik bola dihantar kepada Sanchez, Front 2 pemain Chelsea menaikkan garis pertahanan mereka dengan menekan 2 pemain CB Spurs (Sanchez-Tanganga). Curved run yang dilakukan Lukaku memaksa Sanchez melakukan hantaran kepada Tanganga, di mana Kai Havert bersedia untuk menerkam Tanganga sebaik bola dihantar kepadanya. Selain itu, access kepada Double Pivot Spurs berjaya dilakukan Chelsea dengan tekanan daripada Mason Mount, serta shadow defending yang dilakukan oleh Lukaku. (Picture 3)
Curved run yang dilakukan Havertz turut membantu Chelsea mengekalkan shadow defending terhadap Double Pivot Spurs,sekaligus menyebabkan Emerson Royal menjadi option tunggal buat Tanganga melakukan hantaran. (Picture 4)
Closed body orientations daripada E.Royal menjadi ‘Pressing Triggers’ buat Alonso untuk menerkam bola yang dihantar, sekaligus meletakkan Chelsea dalam fasa attacking transition, sekaligus membantu mereka menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Kai Havertz.
Highlight Carabao Cup: Chelsea 2-0 Tottenham