Pendidikan
Khairul / MakanBola
Advertisements

Tanpa berfikir panjang, ini adalah separuh masa pertama terbaik (jika bukan sempurna) buat Harimau Malaya mungkin dalam tempoh dua puluh tahun belakangan.

Mengapa? Ia kerana semua elemen bola sepak moden berjaya kita pamerkan dengan sangat bergaya dan cemerlang, dibuktikan dengan jumlah jaringan dan juga statistik.

Harimau Malaya memulakan perlawanan dengan sistem-formasi yang mungkin telah dipercayai sepenuhnya Kim Pan Gon sesuai dengan baka pemain yang Harimau Malaya miliki kini beserta barisan pemain simpanan yang kita ada iaitu 3-4-3.

Advertisements

Namun ia bukanlah 3-4-3 biasa; atau ‘3-4-3 Bosan’ yang Brad Maloney mainkan untuk Harimau Malaya B23 hingga menyebabkan “Skuad Menimba Pengalaman” itu ‘dibogelkan’ di peringkat kumpulan Piala Asia B23 yang berlangsung di Uzbekistan.

3-4-3 Versi Kim Pan Gon

3-4-3 versi Kim Pan Gon adalah 3-4-3 dengan falsafah Direct Attacking Style yang jelas dan bervariasi (tidak terlalu mementingkan Ball Possession), disulami High Intensity Football (sudah tentu ianya terkait elemen High Pressing-Counter Pressing).

Harimau Malaya Playing Out from the Back dengan cara elegan – membentuk Asymmetrical Shape dengan menolak Matthew Davies jauh ke atas, meninggalkan Dion Cools dan Shahrul Saad berdua sahaja di bawah; seperti ‘membuka bola’ dengan Back 4.

Advertisements
asymmetrical back 3 Analisis Harimau Malaya: "Variasi Sempurna" Kim Pan-gon vs Turkmenistan

Ia jelas untuk menyembunyikan kelemahan ketara Back 3 dalam fasa Playing Out from the Back ini iaitu – Extra Man di belakang First Line pasukan lawan jika; tiga pertahanan tengah berkedudukan selari atau hampir selari (satu kelemahan besar yang tidak diatasi skuad Brad Maloney).

Skuad ini melakukan fasa Playing Out from the Back dengan lancar, ditambah keengganan pasukan Turkmenistan menekan kita dengan High Pressing.

Mereka tidak melakukan itu; tetapi kita melakukannya. Sejak dari minit pertama lagi elemen High Pressing dan Counter Pressing kita lancarkan bertubi-tubi kepada mereka. Beberapa kali Darren Lok hampir mencuri bola daripada pemain Turkmenistan di dalam Half mereka.

Advertisements

Juga dek kerana bentesan Darren Lok kita beroleh gol pertama. Begitu juga dengan High Pressing daripada Arif Aiman yang menyebabkan gol kedua kita terhasil.

Bahagian Tengah yang Sengaja Dikosongkan

Jika diperhatikan secara teliti, sejak perlawanan bertemu Hong Kong lagi; gandingan Azam-Syamer tidak banyak berada di tengah. Mereka cenderung berada di Half Space, melakukan Support Play kepada sama ada Corbin atau Arif Aiman yang saling bertukar hantaran bersama Trio Serangan untuk membuka ruang.

Begitu juga dalam perlawanan menentang Turkmenistan ini. Azam dan Syamer tidak memegang bola lama dalam 20-25 minit awal. Mereka berdua cenderung melepaskan bola dengan cepat ke hadapan untuk ‘mengalirkan’ serangan sama ada di sisi Arif ataupun di sisi Corbin.

Advertisements

Kanan Lebih Daripada Kiri

Memang kita memanfaatkan kedua-dua sisi – menggunakan kelebihan dan meminjam keberkesanan sistem JDT dengan Arif Aiman sebagai Right Wing Back dan Corbin Ong sebagai Left Wing Back.

Namun dengan kehadiran Matthew Davies sebagai Right Centre Back (gandingan Arif Aiman di JDT), janaan serangan kita di sisi kanan sedikit lebih tajam berbanding di sisi kiri kerana kerajinan Davies melakukan Overlapping dan memberikan Support kepada Arif Aiman.

Sedangkan di sisi kiri hanya kombinasi Faisal Halim bersama Corbin sahaja tanpa melibatkan Shahrul Saad yang lebih baik tidak se-agresif Davies; kerana kita tahu betapa tingginya Corbin naik ketika menyerang dan meninggalkan ruang yang sangat besar di belakang beliau.

Gandingan Azam-Syamer

Kedua-dua pemain ini beberapa kali pernah bermain bersama di bahagian tengah. Seiring berjalannya waktu, chemistry mereka kini berada pada tahap tertinggi.

Syamer dengan Covering, Progressive Pass; dan gerakan ‘memancing’ pemain lawan. Azam pula dengan Interceptions dan Diagonal Ball beliau.

Tidak timbul isu jarak yang tidak dijaga antara dua pemain ini sehingga pasukan lawan mengambil kesempatan. Di beberapa situasi mereka Vertikal antara satu sama lain; sesekali mereka Diagonal pula namun jarang sekali mereka berdua ini berkedudukan Horizontal.

Jika ada kekurangan yang dipamerkan dua pemain ini mungkin ianya daripada aspek 3rd Man Running dan gerakan ke hadapan membawa atau bersama bola.

Tetapi saya juga kurang pasti jika dua aspek ini sengaja Pan Gon tidak benarkan dilakukan Azam dan Syamer demi kestabilan pasukan.

Chain of 5 Kurang Terbentuk

Chain of 5 kurang terbentuk kerana Harimau Malaya bermain Counter Pressing dan High Pressing. Justeru, mereka tiada kemestian untuk berada dalam Shape atau kembali kepada Shape apabila bertahan. Tiada masalah dengan itu.

Cuma kecuaian yang dipamerkan Shahrul Saad (walaupun manusiawi) sehingga memberikan gol kepada pasukan Turkmenistan seboleh-bolehnya haruslah dielakkan kerana ini adalah bola sepak peringkat tertinggi. Sedikit kesilapan pasti akan membawa padah.

Jika tidak kerana kecuaian tersebut, saya sudah boleh melabelkan separuh masa pertama ini sebagai separuh masa pertama yang sempurna buat Harimau Malaya.

Formasi-Sistem Turkmenistan

Maaf, saya tidak dapat membaca cara mereka bermain kerana mereka ditekan habis-habisan oleh Harimau Malaya. Mereka bertahan dalam Shape 4-4-1-1 dan mula boleh ‘bermain’ setelah masuk minit ke 35; setelah Azam dan Syamer banyak berada di tengah dan mula lama memegang bola.

Penutup

Ini adalah separuh masa pertama yang sangat menarik dan mengujakan untuk ditonton. Haji Irfan Bakti sendiri sampai emosi ketika jaringan pertama Safawi Rasid terhasil.

Diharapkan kita dapat sekali lagi bermain begini ketika menentang Bahrain dan Bangladesh nanti.

Mungkin semakin lama kita berlatih dan bermain dengan skuad ini; tidak hanya dalam separuh masa pertama kita dapat bermain dengan intensiti sebegini.

Mungkin kedepannya kita dapat bermain begini sepanjang perlawanan. Tiada apa yang mustahil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram