Pendidikan
Khairul / MakanBola
Advertisements

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain 1-2 dalam perlawanan yang seharusnya kita boleh menang dengan jumlah jaringan yang besar, seterusnya melunturkan semangat Bahrain jika semua Big Chances pada separuh masa pertama disempurnakan.

Tetapi begitulah bola sepak. Siapa yang tidak memanfaatkan peluang, maka dia yang dihukum.

Separuh Masa Pertama Malaysia vs Bahrain

Seperti sudah dijangka; 3-4-3 masih menjadi kegemaran Kim Pan Gon namun dengan senarai pemain yang sedikit berbeza berbanding ketika menentang Turkmenistan.

Advertisements

Tiada Arif Aiman, tiada Safawi; tiada Azam, tiada Shahrul Saad dan tiada Faisal Halim. Mereka berlima digantikan Sumareh, Nazmi; Junior Eldstal, Khuzaimie dan Akhyar.

Sama seperti menentang Turkmenistan, Game Plan Pan Gon adalah untuk menekan lawan pada 15-25 minit separuh masa pertama, bonus jika mendapatkan jaringan dalam tempoh waktu ini di kala stamina pemain masih tinggi, sekalian tidak membenarkan Bahrain settled down.

Tetapi keadaan padang yang becak dan penuh takungan air menyukarkan pergerakan bola untuk mempamerkan variasi serangan.

Advertisements

Pilihan yang ada cuma bermain Direct Football yang benar-benar “direct” – mengharapkan kelajuan Sumareh dan Akhyar di Wide Area.

Jarang dilihat Combination Play daripada kedua-dua pasukan; jarang juga Triangle atau Diamond terbentuk di dalam padang.

Tiada lagi fasa Playing Out from the Back yang cantik, malah elemen High Pressing-Counter Pressing sukar dijelmakan Harimau Malaya.

Advertisements

Namun kita beroleh beberapa Big Chances (dua daripada Junior, satu daripada Akhyar), beberapa Shots on Target dan beberapa sepakan penjuru – bukti bahawa kita menyerang dan berusaha mendapatkan gol serta menguasai sebahagian besar babak pertama.

Bahrain juga mengalami kesukaran bermain di atas padang begini. Sukar untuk dibaca formasi-sistem mereka kerana Shape mereka sukar terbentuk.

Namun sebenarnya mereka bermain dengan formasi-sistem 4-1-4-1 yang ‘cair’ menjadi 4-3-3.

Advertisements

Sudah pasti Bahrain mengkaji Harimau Malaya. Buktinya; serangan mereka kebanyakan berpusat di sisi kanan (sisi kiri Harimau Malaya), cuba mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan di belakang Corbin yang gemar naik membantu serangan.

Beberapa kali pemain mereka lolos daripada sisi itu, mujur tiada jaringan dihasilkan. Tamat separuh masa pertama; keadaaan masih 0-0.

Gol dan Gol Penyamaan

Separuh masa kedua Pan Gon masih mengekalkan Game Plan serupa. Hasil gabungan Tactical Awareness dan Individual Brilliance daripada Khuzaimie yang naik melakukan Overlapping, gol pertama Harimau Malaya terhasil.

Namun gol tersebut cuma bertahan tiga minit sebelum disamakan Bahrain – gol yang mereka peroleh hasil daripada kelekaan barisan pertahanan kita dan juga Space yang terlalu besar antara Midfield Line dan juga Chain of 5 (Defensive Line).

gol Bahrain Analisis Malaysia vs Bahrain: Faktor Padang, Margin Kecil & Asas Bola Sepak

Gol penyamaan Bahrain itu ‘melondehkan’ kelemahan pemain kita dalam aspek asas bola sepak seperti melakukan Shoulder Check dan Body Positioning ketika mempertahankan kotak penalti daripada hantaran lintang.

Semuanya ‘dilondehkan’ melalui gol tersebut – bagaimana Khuzaimie seperti ‘terpaku’ tanpa mengikuti larian Abdulla Ali Haram dan bagaimana Corbin melepaskan pemain di belakang beliau.

Aspek Asas Bola Sepak

Sebenarnya bukan daripada gol itu sahaja kelemahan aspek asas bola sepak kita ‘dipertontonkan’ Bahrain kepada umum.

Terdapat beberapa lagi contoh konkrit yang menunjukkan dalam keterujaan kita menyerang; aspek asas bola sepak ini tidak boleh kita abaikan.

Contoh: Junior dengan masalah Positioning – beberapa kali beliau keluar terlalu awal untuk menanduk (beberapa kali bertembung dengan Syamer yang sudah berada di hadapan pemain Bahrain) atau untuk melakukan challenge (beliau bertembung dengan Khuzaimie).

Junior keluar juga ketika beliau sepatutnya melakukan Covering apabila Khuzaimiee sudah “masuk”

Selain itu, aspek asas bola sepak daripada sudut Penjaga Gol juga menunjukkan kelemahannya dalam perlawanan ini – Farizal yang keluar tetapi menepis lemah bola (seharusnya menumbuk) sehingga bola jatuh tidak jauh.

Beliau panik lalu melakukan bentesan yang diberikan penalti.

Penalti yang memberikan gol ke-2 kepada Bahrain; gol yang tambah membuat pemain Harimau Malaya panik sehingga mengganggu keputusan akhir mereka – Arif Aiman dengan beberapa gerakan panik atau ‘tidak biasa’ daripada beliau.

Bahrain di separuh masa kedua ini juga lebih yakin untuk ‘bermain’ dan tidak terlalu “direct” seperti di separuh masa pertama.

Kemasukan pemain simpanan juga tidak banyak membantu walaupun ada urgency mencari gol.

Benar kata Stanley Bernard; Pan Gon melakukan pertukaran yang kontra apabila membawa masuk Arif Aiman tetapi mengeluarkan Darren Lok untuk De Paula.

Margin Kecil

Seperti yang pernah saya tulis di sini, kesalahan-kesalahan kecil perlu dielakkan kerana ini adalah bola sepak peringkat tertinggi dan sedikit kesilapan sahaja akan merugikan pasukan.

Menentang Bahrain; dua kesilapan kecil (margin yang sangat kecil) ini membuatkan kita kempunan 3 mata atau sekurang-kurangnya 1 mata dan terpaksa berhempas-pulas menentang Bangladesh nanti.

Penutup

Perlawanan menentang Bahrain ini harus dijadikan pengajaran kepada kita agar tidak mengambil mudah aspek asas dalam bola sepak meskipun kita sudah bermain taktikal kompleks dengan intensiti tinggi mengikut arahan jurulatih.

Keadaan padang sangat memainkan peranan. Saya percaya; jika padang baik keadaannya, keputusan akhir pasti berbeza. Diharapkan padang ‘sudah kering’ apabila kita bertemu Bangladesh nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram