Blog
Advertisements

Sebelum anda meneruskan pembacaan, ingin saya jelaskan bahawa Malaysia dan Vietnam bermain dengan baik. Kedua-dua pasukan berpeluang memenangi perlawanan dan lebih terarah kepada keputusan seri.

Namun bola sepak begitulah dan akhirnya nasib lebih memihak kepada Vietnam dengan aksi tipikal pasukan kendalian Park Hang-seo.

Tan Cheng Hoe sedikit sebanyak memberikan sinar baru kepada pasukan kebangsaan kerana beliau berjaya menerapkan budaya permainan bola sepak moden. Terdapat variasi bola sepak moden dan tradisional. Bukanlah ia begitu baik namun ia positif untuk jangka masa panjang.

Advertisements

Ini bukan analisis taktikal kerana secara taktikalnya Malaysia bermain dengan cara dan corak yang betul. Ini adalah ANALISIS berkaitan perlawanan dan apa yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan.

Vietnam kekal dengan corak permainan yang 100% sama ketika mereka menewaskan Malaysia 0-1 di Bukit Jalil iaitu bertahan, bermain mudah dan menunggu pihak lawan melakukan kesilapan. Ketika Malaysia sedang “compact” di tengah, Vietnam akan berlari ketepi untuk MEMBUKA “compactness” pemain Malaysia. Ini tindakan bijak.

Apabila mereka berada dikedudukan 1-1 barulah Vietnam mengatur serangan. Ini tindakan bijak kerana Park Hang-seo tidak mahu pemainnya keletihan. Hakikatnya walaupun bermain secara bertahan (tunggu dan mencari peluang), Vietnam berjaya memperoleh peluang jaringan lebih banyak berbanding Malaysia. Perkara yang sama berlaku semasa era Rajagobal.

Advertisements

Vietnam sangat berdisiplin dan ini adalah apa yang pernah diterapkan Dato’ Rajagobal ketika Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Waktu itu Malaysia bermain bola sepak yang biasa-biasa sahaja namun disiplin pemain ketika bertahan memberikan Malaysia kejuaraan. Namun Rajagobal tidak menerapkan bola sepak moden seperti Tan Cheng Hoe. Jadi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.

Nazmi Faiz

Kebanyakan peminat bola sepak di Malaysia mempunyai pandangan yang hampir sama berkenaan pentingnya meletakkan Nazmi Faiz dalam kesebelasan utama adalah kerana beliau memiliki watak seorang pemain tengah moden berkualiti. Pemain seperti Nazmi banyak di Liga Jepun, Korea dan Vietnam. Bermain dengan visi menyerang dan bertahan dengan seimbang.

Advertisements

Kemasukan Nazmi membantu Malaysia menyerang dan bertahan. Beliau begitu tenang dan Vietnam juga bijak. Vietnam mengekalkan permainan dan berdisiplin MENJAGA POSISI masing-masing walaupun Nazmi sebenarnya telahpun menolak pemain Vietnam ke bawah berbanding separuh masa pertama.

Kemasukan Liridon : Bencana

Aksi longlai Liridon terlalu jelas ketika menentang UAE dan Tan Cheng Hoe masih ingin memasukkannya selepas Malaysia menyamakan kedudukan. Seperti dijangka. Tiada sebarang keistimewaan dan Liridon juga membuat provokasi yang hanya membazirkan masa.

Advertisements

Liridon tetaplah Liridon. Sukar buatnya untuk belajar dari kesilapan. Beliau bukanlah tidak bagus namun saya fikir ianya tidak sesuai ketika Malaysia memerlukan lebih banyak jaringan dan sedang dalam “mode” menyerang.

Mengekalkan De Paula Sehingga Tamat Perlawanan?

Saya sedikit berbeza pendapat dengan kebanyakan orang. De Paula masih beraksi baik cumanya Tan Cheng Hoe perlu meletakkan limitasi kerana De Paula mampu menarik perhatian pertahanan lawan sekaligus membuka peluang kepada pemain lain untuk membuat serangan.

Samada memasukkan De Paula ketika perlawanan hampir tamat atau mengeluarkannya lebih awal. Namun saya sedikit kurang jelas apa sebab utama De Paula dikekalkan. Macam biasa, pemain yang akan menerima tomahan sedangkan BARISAN KEJURULATIHAN memiliki peluang untuk membuat tindakan.

192913132 479727983100443 5915035587186572441 n Analisa Perlawanan: Malaysia 1-2 Vietnam
De Paula mempunyai kelebihan untuk menarik pertahanan keluar dari posisi. Beliau juga mampu mendapatkan set piece untuk pasukan.

Aiman Dimasukkan : Tepat

Aiman menunjukkan sikap yang sama seperti di JDT. Walaupun kecil namun beliau sangat berkeyakinan tinggi. Lebih banyak peluang diberikan insyaAllah Aiman akan lebih menyinar di peringkat Antarabangsa.

Syafiq Dikeluarkan : Tidak Tepat

Syafiq Ahmad boleh menggantikan posisi De Paula seterusnya De Paula dikeluarkan/dagantikan dengan Aiman.

UPDATE: Syafiq dikeluarkan disebabkan kederaan. Jadi point ini kurang valid.

Pemain lain seperti Safawi, Syamer, Sumareh dan sebagainya beraksi secara normal. Tidak teruk dan tidak juga cemerlang. Namun ia bukanlah kritikal.

Apa-apapun terima kasih buat semua pemain dan barisan kejurulatihan. Malaysia beraksi lebih baik berbanding ketika mentang UAE.

Banyak yang perlu diperbaiki terutamanya tentang pemilihan pemain utama dan pertukaran pemain ketika perlawanan berlangsung.

Maaf tidak ada gambar graf mahupun penanda arah berwarna merah kerana secara keseluruhannya Malaysia bermain baik. Cumanya pemilihan pemain perlu diperbaiki.

Salam Takziah buat jurulatih negara, Tan Cheng Hoe di atas pemergian bapanya. Semoga tabah dengan ujian berat ini dan terima kasih atas pengorbanannya di UAE.

Analisis oleh saudara Syafiq Zainal untuk artikel MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram