Advertising
Andre Onana Dipanggil Sertai Skuad Cameroon
EPL
MakanBola
Manchester United

Manchester United terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama mereka, Andre Onana sekitar Januari hingga awal Februari 2024.

Ini selepas Onana telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Cameroon bagi menghadapi Piala Negara-Negara Afrika (ACN) 2023.

Bekas penjaga gol Inter Milan itu sebelum ini mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa selepas bertelagah dengan jurulatih, Rigobert Song semasa Piala Dunia 2022.

Ad

Bagaimanapun, Onana kemudiannya membatalkan keputusan itu dan membuat tiga lagi penampilan pada tahun 2023. Ini termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Mauritius pada November lalu.

Ad

Sekiranya Onana pergi menyertai skuad Cameroon, United dijangka memberi kepercayaan kepada penjaga gol Turki, Altay Bayindir.

Ad
Ad

Bayindir berpotensi menyingkirkan Onana sebagai penjaga gol utama The Red Devils sekiranya tampil cemerlang sepanjang ketiadaan beliau.

Ad

Atas sebab itu, akhbar Daily Mirror mendedahkan bekas penjaga gol Ajax Amsterdam itu cuba berunding untuk melewatkan tarikh penyertaannya ke kem Cameroon.

Onana berharap dapat tampil sebagai penjaga gol untuk aksi The FA Cup antara United dan Wigan Athletic pada 8 Januari 2024.

Sekiranya kebenaran tersebut gagal diperolehinya, maka perlawanan menentang Nottingham Forest yang berlangsung esok merupakan penampilan terakhir Onana bersama United untuk tahun 2023.