Andres Iniesta Berhutang Dengan Jepun RM18 Juta
Asia
Visselkobe
Advertisements

Bekas bintang Barcelona, Andres Iniesta dilaporkan didakwa oleh pihak berkuasa Jepun kerana gagal mengistiharkan pendapatan pada tahun 2018.

Pada ketika itu, Iniesta bersama kelab ternama Jepun iaitu Vissel Kobe selama lima tahun bermula daripada 2018 sehingga 2023. Dianggarkan sebanyak RM27 juta pendapatan yang gagal diistiharkan oleh legenda Barcelona ini.

Bagaimanapun, selepas tular dakwaan ini di media sosial, Iniesta kini telah memaklumkan bahawa beliau telah menyelesaikan denda sebanyak RM18 Juta seperti yang dilaporkan Kyodo News.

Advertisements

Pemain asing di Jepun akan diklasifikasikan sebagai pemastautin atau bukan pemastautin untuk tujuan cukai.

Bekas pemain Vissel Kobe itu difahamkan telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Cukai Jepun bagi membayar tunggakan penuh serta denda yang diberitahu.

Iniesta turut mendakwa bahawa telah membayar dua kali cukai untuk negaranya Sepanyol dan juga Jepun dalam masa yang sama, oleh sebab itu beliau berharap lebihan cukai dapat dikembalikan kepadanya.

Advertisements

Ketika ini, Andres Iniesta bersama kelab Emirates beraksi dalam saingan UAE Pro League sejak 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram