J. League: Andres Iniesta & Vissel Kobe Tewas Lagi
MakanBola
Vissel Kobe
Sponsors

Perancang tengah lagenda Barcelona, Andres Iniesta gagal membantu pasukannya iaitu Vissel Kobe apabila kini kekal terpelosok di tangga terakhir liga selepas tumpas kepada Kashiwa Reysol dengan keputusan 3-1.

Pemain berusia 37 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dalam usaha untuk mengekalkan rentak terbaik selepas menang dua perlawanan sebelum ini.

Ad
Sponsors

Vissel Kobe jelas bermula dengan cukup tersusun dan sangat baik dalam mendominasi perlawanan. Malah, mereka sesekali datang untuk menguji pintu gol Kashiwa Reysol.

Ad

Pasukan kendalian Miguel Angel Lotina ini memperoleh gol pendahuluan permainan menerusi Kento Hashimoto pada minit ke-28.

Namun begitu, gol ini tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol penyamaan menerusi Keiya Shiihashi 10 minit berselang.

Ad

Kealpaan benteng pertahanan pasukan pelawat terus dihukum menerusi Matheus Savio sebelum tamat babak pertama.

Ad

Iniesta tidak mempunyai banyak peluang untuk merencanakan pergerakan pasukan apbila seringkali disekat kemaraannya dengan mudah.

Ad

Percaturan pengendali Kashiwa Reysol untuk membawa masuk beberapa pemain jelas membantu apabila mereka memperoleh gol untuk kedudukan yang selesa iaitu 3-1.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan Vissel Kobe kekal di tangga terbawah liga selepas 17 perlawanan dengan 11 mata sahaja.

Ini sudah pasti memberi tamparan yang cukup hebat buat mereka untuk kembali ke landasan yang sebenar.