Aniq Kasdan Pecah Rekod Kebangsaan
UltraSukan
SEA Sports News
Sponsors

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan sekali lagi mencipta sensasi dengan memecahkan rekod kebangsaan untuk kategori 61 kilogram (kg) semalam.

Rekod tersebut dicipta dalam Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa yang diadakan di Doha, Qatar.

Ad

Aniq yang beraksi dalam Kumpulan C membuat angkatan seberat 126 kg dalam ‘snatch’ sebelum mengukuhkan kedudukan menyempurnakan angkatan 170 kg bagi ‘clean and jerk’.

Ad

Ini menyaksikan beliau merekodkan angkatan keseluruhan sebanyak 296 kg sekaligus memecahkan rekod kebangsaan yang diciptanya sebelum ini iaitu 291 kg.

Ad

Ini membolehkan Aniq meraih dua pingat dalam kategori 61 kg iaitu pingat perak untuk ‘clean and jerk’ dan gangsa untuk berat keseluruhan.

Ad

Dengan kejayaan ini, beliau memperkukuh kedudukannya dalam kedudukan 10 terbaik atlet angkat berat dunia. Aniq ketika ini berada di kedudukan ke-10 dengan 10 atlet terbaik saja yang layak ke Sukan Olimpik 2024.

Ad