Annil Vigneswaran Bakal Tinggalkan Thailand
MakanBola
Nakhonsi United

Pemain tengah Malaysia, Annil Vigneswaran bakal meninggalkan kelab Thailand, Nakhon Si United.

Hal ini dinyatakan pemain tengah berusia 22 tahun itu menerusi satu kenyataan di Instagram Story.

Meskipun akan meninggalkan pasukan itu pada akhir musim, Annil tetap komited membantu Nakhon Si menamatkan musim dengan baik.

“Selepas mengambil masa untuk berfikir, saya memutuskan untuk tidak menyambung kontrak saya di Thailand selepas tamat musim ini.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada pasukan dan akan terus memberikan yang terbaik untuk baki dua bulan bersama pasukan.

“Ianya satu kegembiraan dan saya mahu berterima kasih kepada barisan kejurulatihan, staf pengurusan dan pemain-pemain atas sebab itu,” katanya.

Bekas pemain remaja Sandhausen itu memilih berkelana ke Thailand pada musim panas 2025. Annil mengikut jejak beberapa pemain negara yang beraksi di Thailand seperti Sergio Aguero.

Annil merekodkan tujuh penampilan bersama Nakhon Si musim ini. Ini termasuk lima penampilan dalam saingan Thai League 2.