Annuar Musa: Saya Harap Ramai Pemain Balik & Bermain Untuk Kelantan
MakanBola
Tan Sri Annuar Musa
Sponsors

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyeru kepulangan anak jati bagi kembali bermain untuk negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Situasi bola sepak di Kelantan sejak beberapa tahun sebelum ini ternyata tidak menggembirakan apabila sering kali terpalit dengan isu di luar padang seperti masalah tunggakan gaji.

Ad
Sponsors

Masalah tersebut berlarutan hingga menyebabkan pasukan Kelantan FC yang dimiliki oleh Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham terkubur dari arena bola sepak Malaysia.

Ad

Pada musim ini pula, Kelantan Darul Naim FC pula tampak dibelenggu masalah yang sama apabila dikatakan berlaku tunggakan gaji dalam kalangan pemain hingga menjejaskan perjalanan kelab.

Walau bagaimanapun, sinar cerah buat bola sepak Kelantan apabila aksi persahabatan melibatkan skuad legenda negeri itu mendapat sambutan yang cukup luar biasa pada Sabtu lalu.

Ad

Tan Sri Annuar Musa yang hadir ke aksi lagenda Kelantan vs Lagenda Pahang itu turut menyaksikan gelombang Merah-Putih yang sangat dirindui oleh peminat bola sepak di sana.

Ad

Maka, Annuar Musa dalam satu hantaran di laman Facebook berharap agar anak jati Kelantan boleh bersedia dan perkuat kembali pasukan negeri itu untuk memeriahkan suasana bola sepak Malaysia semula.

Ad

”Saya harap lebih ramai pemain berasal Kelantan bersedia untuk balik dan bermain untuk Kelantan,” tulis Annuar Musa di laman Facebook.

Untuk rekod, Annuar Musa pernah bergelar Presiden KAFA bermula tahun 2008 sehingga 2016 dan berjaya membawa pelbagai kejayaan buat pasukan Kelantan khususnya gelaran treble pada tahun 2012.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments