Anthony Martial Bakal Tinggalkan Man United
Transfer
Manchester United
Advertisements

Penyerang Man United, Anthony Martial bakal meninggalkan kelab itu pada akhir musim 2024/25.

Perkara ini dinyatakan oleh wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano menerusi satu ciapan di X semalam.

Buat masa ini, penyerang Perancis memberi fokus kepada pemulihan kecederaan yang dialaminya musim ini. Setelah Martial kembali cergas, barulah beliau akan memilih destinasi terbarunya pada musim panas ini.

Advertisements

“Anthony Martial bakal meninggalkan Man United pada akhir musim, tiada keraguan. Beliau akan memilih pilihan kelab kesukaannya sebagai kelab seterusnya pada bulan-bulan mendatang, kini fokus kepada pemulihan (kecederaan),” katanya.

Selepas menyertai United pada musim 2015/16 dengan yuran perpindahan £36 juta (RM214 juta), Martial telah menjaringkan 90 gol dan mencipta 48 bantuan gol dalam 317 penampilan.

Tempoh tersebut turut menyaksikan penyerang berusia 28 tahun itu menjulang Liga Europa, The FA Cup, Carabao Cup dan Community Shield.

Advertisements

Walau bagaimanapun, tempohnya bersama United menyaksikan Martial kerap mengalami kecederaan.

Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan bekas penyerang AS Monaco daripada merealisasikan potensinya di Old Trafford.

Dengan kontrak Martial bakal berakhir pada akhir musim ini, beberapa kelab dari Turki, Itali dan Perancis menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Antara kelab yang menunjukkan minat ialah Inter Milan. Menariknya, ada tiga bekas pemain The Red Devils yang membarisi pasukan berkenaan iaitu Matteo Darmian, Alexis Sanchez dan Henrikh Mkhitaryan.

TeamTalk melaporkan Inter yang dibimbing Simone Inzaghi melihat Martial sebagai pemain sokongan berpotensi buat Marcus Thuram dan Lautaro Martinez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram