Anwar Ibrahim: Saya Sokong ASEAN Tapi Minat Manchester United
MakanBola
Anwar Ibrahim/MUFC

Aksi membabitkan pasukan ASEAN All Stars vs Manchester United turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Selasa, kelab gergasi England iaitu Manchester United menerusi satu hantaran mengumumkan satu siri Jelajah Pra Musim bakal diadakan di Hong Kong dan juga Malaysia.

Ad

Aksi yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menemukan Manchester United dan ASEAN All Stars yang akan membariskan pemain-pemain bintang dari rantau Asia Tenggara.

Ad

Pengumuman tersebut bukan sahaja menarik minat peminat tempatan, malah Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sempat meninggalkan komen di laman Facebook

Beliau yang merupakan peminat Manchester United berkata akan tetap menyokong ASEAN ketika aksi itu tetapi bingung perlu bersorak untuk pasukan mana jika berlaku jaringan nanti.

Ad

”Saya sokong ASEAN tapi saya juga penyokong Manchester United. Kalau gol, nak sorak yang mana?” komen Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Facebook kelab itu.

Ad
Komen Facebook Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim: Saya Sokong ASEAN Tapi Minat Manchester United

Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendapat respon yang pelbagai dari warga Facebook malah ada yang tidak menyangka beliau adalah penyokong United.

Ad

Untuk makluman, tiket untuk pertemuan Manchester United vs ASEAN All Stars ini bermula pada harga RM50 dan bakal dibuka kepada orang ramai bermula jam 11.00 pagi, 15 April ini di platform Ticket Empire.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments