Anwar Ibrahim Titip Ucapan Perjuangan Buat Harimau Malaya
Harimau Malaya
Aima/MakanBola & Anwar Ibrahim
Advertisements

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan kata-kata semangat buat pasukan Harimau Malaya yang bakal beraksi di Piala Asia 2023 Qatar.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya, beliau memberi dorongan buat pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon agar kekal bersemangat dan tekad menempuhi cabaran di Piala Asia.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini pejuang hebat iaitu pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar, kukuh semangat, istiqamah, 42 tahun kita menanti dan sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung.”

Advertisements

“Kami doakan InsyaAllah agar mencapai sukses. Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya.” ujar Perdana Menteri.

Malaysia kini menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Advertisements

Sebelum ini pasukan Harimau Malaya pernah menyertai kejohanan Piala Asia 2007 namun selaku tuan rumah bersama pasukan Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Malaysia bakal memulakan aksi pertama Piala Asia menentang Jordan pada 16 Januari ini diikuti perlawanan menentang Bahrain pada 20 Januari.

Advertisements

Aksi yang ditunggu-tunggu ialah pertemuan Malaysia melawan gergasi Korea Selatan pada 25 Januari sekali gus menutup aksi kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram