Saya tertarik dengan satu posting yang dibuat oleh laman Facebook JST berkenaan pemain JDT menaiki kereta mewah hadir ke pusat latihan.
Kereta yang diguna pakai bukan kereta ratusan ribu sebaliknya bernilai jutaan ringgit. Jika di Malaysia kos untuk menyewa selama satu hari adalah sekitar RM2000 manakala di UAE harganya sekitar RM5500 sehari. Jika ada 9 kereta?
Maka terdapat banyak komen positif dan negatif dari netizen. Ya saya faham itu.
JST melalui kepempinan TMJ bukanlah satu organisasi yang akan melakukan perkara biasa. Mereka sering hadir dengan perkara diluar jangkaan dan norma pemikiran rakyat Malaysia. Semua orang tahu.
Ironinya JDT bakal dinilai dengan nilaian RM1 bilion dan salah satu asas penilaian sesebuah organisasi adalah “KEMAMPUAN” melakukan sesuatu.
Selain mampu “menghabiskan” wang dengan sewaan/belian kereta mewah seperti ini nama JDT juga akan disebut media DUBAI, UAE.
Media-media barat juga bakal melaporkan berita seperti ini sekaligus nama JDT semakin dikenali. Jika tidak media arus perdana sekalipun, mungkin di media sosial.
Dikenali melalui kontroversi murahan vs kontroversi ber’standard’ itu ada bezanya.
Mereka mampu maka biarkanlah. Apabila JDT dikenali dunia maka impaknya rakyat Malaysia juga bakal merasa tempiasnya.
“Either we work on it, or we keep talking about others.”