Arab Saudi mempamerkan aksi tumpul berdepan Bahrain sekaligus meraih satu mata dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.
Skuad kendalian Roberto Mancini sebelum ini tewas 2-0 kepada Jepun manakala Bahrain seri 2-2 menentang wakil dari Asia Tenggara, Indonesia.
Arab Saudi turun dengan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Firas Al-Buraikan selaku penyerang utama pasukan.
Bahrain pula mengekalkan percaturan sama 4-4-2 seperti aksi terdahulu dengan menggandingkan Mahdi Abdul Jabar bersama Kamil Al Aswad dibahagian serangan.
Arab Saudi mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol apabila meraih sepakan penalti pada minit ke-17 tetapi rembatan Al Dawsari gagal menerjah gawang gol Bahrain.
Arab Saudi tampil dominan apabila merekodkan 67% penguasaan bola dalam aksi ini berbanding Bahrain dengan 33%.
13 percubaan turut dilakukan Arab Saudi dalam mencari gol namun hanya 4 percubaan tepat terhasil sepanjang aksi 90 minit manakala Bahrain melakukan 2 peecubaan tepat dalam 5 percubaan.
Kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 0-0 setelah tiada sebarang jaringan yang terhasil.
Arab Saudi dan Bahrain kini berkongsi 5 mata setelah mengharungi 4 perlawanan dalam aksi kumpulan C.
Jepun kekal di tangga pertama dengan 10 mata manakala Australia yang memiliki 5 mata berada di kedudukan kedua diikuti oleh Arab Saudi dan Bahrain.
Arab Saudi akan menentang Australia pada 14 November kelak manakala Bahrain akan melawan China bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026.